Saturday, June 26, 2010

Kenapa blog anda tidak ada pada search engine.

Share
Ok saya nak kongsikan sedikit tips dengan anda, mungkin ni bukan lah benda baru tapi saya rasa mungkin juga ramai yang masih tak tau kan, jadi rasanya tak salah untuk saya kongsikan maklumat yang saya dapat ni dengan anda, sebenarnya tipsnya  mudah sangat jangan menyusahkan sipder Google untuk merayap ke blog kita, ini adalah asas yang patut kita tahu supaya blog kita terindeks dengan cepat. mudah bukan.

Sangat-sangat rugi jika blog sudah terindeks pada google search engine, kebanyakan kita tidak menggunakan peluang mengiklankan blog secara berkesan dan percuma.

Anda mesti menggunakan bahasa yang betul dan ejaan yang tepat, bukan menggunakan bahasa sms semua nak ringkas saja, Spider google mesti menyampah tengok bahasa yang pelik-pelik. jadi jika nak blog anda ada dalam search engine. gunakanlah ejaan yang betul.

Penggunaan keyword mudah yang mudah. untuk belajar menggunakan keyword, permulaannya, kita hanya perlu gunakan keyword yang rendah rankingnya.

Ping blog anda setelah selesai anda buat post terbaru jangan lengah-lengakan pula kerana ini sangat penting, cepat-cepat lah ping blog kita tujuanya supaya spider Google akan terus merayap pada post yang baru di ping dan scan setiap perkataan pada entri tersebut tanpa terhegeh-hegeh. Kalau tidak di ping dan mengharapkan cara manual, spider Google akan merayap secara berlenggang kangkung, dan kadang-kadang terus malas nak crawl.ok anda boleh ping blog anda di sini Pingler.com atau di sini pingmyblog.com.

Ini adalah tips mudah untuk anda menjadi SEO, saya harap dengan tips yang tak seberapa ini boleh lah menambah sedikit ilmu anda, sama-sama lah kita berkongsi ilmu untuk memajukan diri.

yang ikhlas
azman mion

No comments:

Post a Comment